Monday, April 21, 2014

Berjaya Hamil dengan Cadangan Set Kesuburan Shaklee

Salam Uolss...


Da bersarang berhabuk da blog ni. Lama benau tak di sapu, tidak dihias, tidak dibuat pengisian..huhuhuhu umah pandai je kemaih eh. walaupun idok le kemaih mana tapi bersapu la jugak.

Since last entry pada Januari 2014 lepas, banyak actually benda yang jadi dalam daily tanggungjawab as a wife, a mom kepada my two princesses, (yang da semakin banyak akai skang ni sebab sel-sel otak sedang berkembang kan hehehhe espc si kakak sofya tu banyak mulut kemain skang ni), dan as a worker yang dah semakin berat kakiku ini nak melangkah ke ofis...berat udah naik 10 kilosss uols, padahal ada lagi 7 kot sebelum due ni. Allah semoga dipermudahkan segalanya untuk aku dan kandungan ini.

Eh...eh...terlupa lak ahkak ada satu lagi peranan yang memang ni sentiasa semangat hehehhe.. of kos la pengedar Shaklee yang kaya dan berjaya (jangan kata saya berlagak pulak tapi sekang tgh belajar teknik tipu otak hehehe)

Bercakap pasal Shaklee ni, ade satu saya nak share pasal msg yg saya terima dari seorang sahabat weekend lepas waktu saya tgh bercuti ngan my happy family di Sepang. Subuh hari tak terang Tanah lagi waktu tu sahabat saya tu watsapp saya bgtau saya dia pregnant. Syukur Ya Allah gembira tak terkata masa tu. Saya adalah org ketiga yang di bgtau selepas suami dan ibunya.
 

Saya nak share pasal camana boleh tergerak hati kawan ni makan Shaklee. Bulan oktober beliau disahkan doctor setelah menjalani ujian kesuburan (beliau dah 3 tahun kawin takde anak), doctor sahkan mmg dia ada masalah. Suaminya normal. Beliau ada masalah tiub fallopio tersumbat dan rosak. Bukan sebelah tapi dua2 belah. Masa dia bgtau saya berita ni tak terkata saya macamna sedihnya perasaan dia. Saya tak kata apa lagi masa tu sebab orang tgh sedih.

Then saya jumpa dia semula setelah saya study psl produk Shaklee yang boleh membantu masalah macamni dan baca testimonial ramai orang yang berjaya hamil setelah amik set kesuburan Shaklee ni.
Saya cadangkan pada dia tak nak cuba dulu ke set Shaklee ni mana tau boleh membantu. Mulanya dia memang menolak sebab bila doctor dah cakap mcm tu memang dia pasrah yang dia takkan boleh mengandung secara normal. Option doctor bagi IVF. Masa tu terkeluar dari mulut dia "Ko percaya Allah ke percaya doctor?" Terdiam sekejap dia. Bukan saya nak agungkan produk Shaklee tp saya yakin. Doktor is doctor. Pendapat doctor berdasarkan sains yang memang diorg belajar kan. Tapi kita tak leh menidakkan ada satu kuasa Yanag Maha Besar yang mampu menjadikan apa yang mustahil pada manusia.

Then dia setuju amik set kesuburan yang saya cadangkan. Saya terangkan jadual makan dan ingatkan dia kene konsisten makan. Jangan skip-skip. Tapi saya ni bukan jenis yang pressure orang sekejap-sekejap nak tanya semata-mata nak dapatkan testimonial. Sebab niat asal memang nak membantu sahabat ni.

Masuk bulan kedua saya remind lagi pasal kene konsisten makan kalau nak berkesan. Memula dia bagitau lepas je makan set ni the next month tu period dia jadi berlambak-lambak dan makin pendek. Sebelum tu berpanjangan lajak sampai 10 ke 11 hari. Then its a gud sign saya kata. sampai satu hari saya watsapp dia.

Saya tulis sini bukan niat nak berlagak psl amalan saya yang sgt ciput berbanding korang-korang kat luar tu, tapi sekadar berkongsi kalau-kalau ia boleh membawa manfaat pada yang membacanya. Saya bgtau kat sahabta saya ni dalam bulan februari awal atau tgh sy da lupa sy bagitau dia straight seminggu saya bangun tahajud malam hanya semata-mata berdoa untuk dia. Semata=mata untuk dia. Saya nak sgt dia pregnant. Nak sangat dia rasa jadi ibu sebab kawan-kawan sekelilingnya semua asik mengandung je termasuk la saya. Dalam solat dhuha pun saya doakan dia dengan sebut nama penuh dan minta spesifik pada Allah suaya dia dapat mengandung pada bulan Mac. Dalam group kami diajar supaya doa biar spesifik apa yang kita nak. Dan sy kata jangan lupa juga perbanyaakan zikir dan sedekah. Lebih afdhal jika amalan tahajud dan dhuha ni dia buat bersama dengan suaminya. Biar tuan badan yang mohon sendiri lebih mustajab pada pendapat saya. Saya suruh dia visualize dalam doa nya supaya setiap kali doa tu minta supaya selepas bersama dengan suami, dilancarkan perjalanan sperms untuk bersenyawa dengan sel telur dalam peranakan beliau. Sampai tahap tu saya minta dia visualize. Tapi bukan saya la kan yg visualize kang jd cam pelik lak bayangkan peranakan org..oopssss

Satu je respon dia masa tu " nanges aku nyah ade org sampai tahap ni mendoakan aku. Aku sendiri tak bersungguh minta pada Allah macam ni tapi hanya tau nak anak je. Doa sungguh tu takde" Then saya kata ni la masa nye kot. Ada hikmah kenapa appointment dia dengan pakar kesuburan untuk buat IVF berkali-kali tertangguh dek kerana macam-macam masalah.

Lepas tu sy x de la Tanya-tany betul ke dia buat apa yang sy share kan tu. Kang org kata macam melebih-lebih pulak kan. Sampai la minggu lepas tu dia awtsaap gambar pregnancy test. It's double line yo!!!!!! SubhanaAllah Maha Besar nya Kuasa Mu Ya Allah... Dia kata tak sabar nak tggu siang, tu yang subuh-subuh da bgtau saya. Saya pulak dapat berita tu meremang bulu roma macam tak percaya je dengan berita ni. Kalau ikut kiraan LMP dia, masa dia bgtau saya tu dia dah minggu pregnant meaning dari pertengahan Mac dia dah pregnant. SubhanaaAllah seperti yang dipohon. Kuasa Allah tiada yang dapat mengatasinya hatta yang mustahil sekalipun bagi akal manusia. Sykur Ya Allah. Makan produk Shaklee hanyalah satu ikhtiar. Yang membenarkan ianya terjadi tetap Allah s.w.t


 (Ni bukan gambar dari kawan saya tu. Ehsan pakcik google. Ni la yang selalu dinantikan oleh org yang berusaha nak dapatkan anak)

Owh lupa lak nak bgtau set yang saya cadangkan tu adalah ESP, Gla Complex, dan B Complex. Kebaikan dan kaitan set ni dengan masalah kawan saya tu akan saya explain dalam next entry.
So kepada uols atau rakan atau saudara yang masih berusaha mendapatkan zuriat, nasihat saya jangan sesekai putus asa. Cuba dan terus mencuba dengan apa cara sekalipun seagi tidak melanggar hokum Allah.

BAgi yang berminat nak mencuba dan mendapatkan consultation free, boleh la hubungi saya ye. InsyaaAllah saya dengan besar hti nak menolong. Tak perlu jumpa pun tak pe. Konsultation online pun boleh aja..hehehhe.

Berminat? Hubungi saya seperti di bawah:

Watsapp/Telegram/Sms/Email
Marini
013-2042418
mamamiamaiya@gmail.com

Disclaimer
Produk ini bukan tujuan mendiagnosis sebarang penyakit. Ianya adalah supplement semata-mata.