Saturday, December 14, 2013

it's just a beginning...

Salam...

Dah lama sangat rasa nya tak berblogging. Blog hopping pun jarang sangat sekarang. Pernah juga saya cuba berblog back in 2010 tapi tak rajin sangat menulis waktu tu. Lepas je dapat anak pertama terus terkubur blog tu. Padahal kebanyakan ibu-ibu yang baru dapat first child excited nak cerita itu ini kan. Saya excited juga tapi macam keras je jari jemariku ini nak menaip. Hehehe

So now saya kembali menulis semula dengan harapan to share anything yang bermanfaat dari segi kehidupan mahupun kesihatan dengan semua di luar sana. Kenapa saya pilih tajuk pertama "it's just a beginning.." ye? Maksudnya it's a start la untuk saya cuba mengubah kepada kehidupan yang lebih bermakna. Maksudnya berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari saya hari ini.

Sebagai permulaan saya dah mula berjinak-jinak dengan dunia Shaklee..hehehhe.. dengar je nama ni mesti ramai yang sengeh kan sebab macam dah jadi satu fenomena kan produk Shaklee ni. Saya join bisnes ni bukan semata-mata nak tambah pendapatan. Tapi sebab saya sangat sukeeeeeee dengan produk-produk kesihatannya yang lain dari yang lain.

Punca utama terjebak ni adalah saya selalu sangat baca di KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) berkenaan produk shaklee ni boleh membantu menambah kualiti susu ibu di samping kuantiti juga. Dari tahun 2011 saya follow kumpulan ni tapi tak terlintas langsung untuk cuba walaupun masa menyusukan anak pertama dulu keadaan susu saya alahaiiiii asik merundum je. Sehingga la saya mengandung anak kedua dan nak dijadikan cerita ade komplikasi awal menyebabkan saya perlu bersalin pada minggu ke - 36. Keadaan baby alhamdulillah sihat cumanya terlalu kecil bagi saya. Beratnya hanya 2.2kg. Kepala baby lagi kecil dari tapak tangan saya.

Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Mungkin anak kecil ni mahu membesar di luar perut ibunya. Walaupun fizikal nya kecil, tapi kuat sangat menyusu. Jauh beza dengan kakaknya. Masuk bulan kedua, saya dah mula risau sebab stok dalam fridge tak cukup banyak. Saya call kawan ofis yang kebetulan mmg promote habis-habisan Shaklee ni membantu beliau dalam breastfeeding anak-anaknya. Beliau bagi saya trial set menyusu.


(gambar ihsan dari en.google, cuma dalam set ni saya tak ambil Vita-C sebab masa ni taktau lagi kelebihan vita-C shaklee berbanding brand lain)

Lepas seminggu cuba set ni, saya terasa ada perubahan. Cik B cepat je penuh. (Alfalfa sangat menjadi dengan saya). Baby dah tak menjerit-jerit tak puas menyusu. Masa ni saya cuba Vita-lea, B-complex dan Alfalfa. Dah cukup membantu memperbanyakkan air susu di samping membantu sangat saya buat stok untuk naik keje. Tambahan pula berat baby yang sebelum tu susah naik jadi naik mendadak. Alhamdulillah syukur sangat. Sekarang ni dah makin bambam baby saya tu. Jauh beza dengan kakaknya masa umur setahun dulu.

Saya makan set ni sampai habis. Lepas tu berhenti tak topup lagi. Sampai la nak masuk Ramadhan saya dah mula risau keadaan susu memang konfem merudum bila puasa. Kali ni saya cuba ESP dan Mealshakes pulak + Bcomplex dan Alfalfa. Alhamdulillah syukur..air susu maintain banyak. Ditambah pula dengan keaadaan air susu tu yang maik pekat. Baby memang muka happy je tiap kali lepas menyusu. Rasa pun sedap la kot sebab ESP + Mealshakes memang terbaik rasanya.

Bermula daripada situ la saya rasa memang betul apa yang orang selalu cakap pasal produk shaklee ni. Bukan cakap kosong dan bukan testimoni kosong je. Sangat berkesan dengan saya. daripada situ saya daftar jadi ahli (saya dapat keahlian percuma ) sebab mulut ni tak abis-abis promote kat kawan-kawan ofis pasal kebaikan Shaklee. Alhamdulillah syukur masa tu dapat kongsi sesuatu yang baik dengan kawan-kawan. Lagi seronok sebab saya bukan setakat share pasal set menyusu je, ada seorang customer yang da lama ada masalah gout, saya cadangkan ambil alfalfa. Alhamdulillah hilang dah sakit gout dia. Siap beli botol besar pulak lepas tu sebab isteri nya makan sekali dah rasa badan sihat sebab alfalfa ni membantu menyahtoksik dari badan. Beliau juga mencadangkan alfalfa ni kepada rakan-rakan lain yang ada masalah gout. Syukur Ya Allah. Perasaaannya memang sangat seronok masa tu. Pasal bonus ke extra income tak terfikir lagi masa tu. Yang fikir cuma kalau dapat menolong orang apa salahnya kan. Kalau tak rutin harian hanya mengadap kerja pejabat hari-hari. Saya selalu berfikir mesti ada cara lain selain dari bekerja makan gaji ni yang boleh saya buat untuk membantu orang lain. Membantu dalam pelbagai cara.

InsyaaAllah mudah-mudahah niat yang baik ini diberkati oleh Allah s.w.t di samping ada niat lain yang akan saya ceritakan di entri seterusnya.  Kalau ada sesiapa di luar sana yang ada sebarang pertanyaan berkenaan produk shaklee ni boleh hubungi saya di :

Marini
Independent Shaklee Distributor - 1063601
SMS/whatsapp - 0132042418

No comments:

Post a Comment