Tuesday, December 17, 2013

Tahun baru 2014..

Alhamdulillah.. Da memasuki tahun baru 2014. Pejam celik sekejap je dah beralih tahun. Anak kedua punda berumur setahun lebih dan otw nak mendapat adik da pun. Express...hehehe syukur rezeki Allah kan. Jangan dipertikaikan.


Macam-macam azam dah disenaraikan. As adviced by encek suami, azam ni perlu dari segala segi. Contoh dari segi physical health, family life, financial, works, etc..etc..Jadinya pada 1 Januari haritu saya dah senaraikan 10 azam yang perlu dicapai untuk tahun 2014 ni. Tiga (3) daripadanya directly berkaitan dengan bisnes shaklee ni la. Dan daripada azam berkaitan shaklee ni, tersenarai la juga azam-azam lain berkaitan anak-anak, financial, health, relationship dan sebagainya.

Azam ni perlu ditulis dan perlu sentiasa dilihat supaya kita sentiasa ingat tentang apa yang kita nak capai. Kalau setakat berazam tapi tak catatkan di mana-mana, konfem after 1 or 2 months dari 10 azam tinggal 7, then berkurang..dan terus berkurang. That's why azam ni perlu ditulis, ditampal di mana-mana yang sentiasa kita nampak supaya kita sentiasa ingat dah capai atau belum.

Antara azam yang saya dah tulis adalah :
#1 Memasak at least 3 kali seminggu (sejak anak dua memang dah kurang sangat memasak kununya nak tumpu lebih masak dengan anak lepas waktu bekerja - alasan je ni hehehe) #2 Saving not less than RM1k sebulan
#3 Bagi pada emak ayah extra of RM*** sebulan to each of them
#4 Naik rank latest by March (chaiyokkkk)
#5 Dapat lahirkan "anak-anak shaklee" seramai 50 orang menjelang Oktober
#6 Pegang handphone/laptop untuk facebook atau update blog atau internet hanya selepas anak-anak tidur. dan beberapa lagi azam yang agak rahsia sket dari bacaan umum hehehhe..

So kawan-kawan yang ada banyak senarai azam tahun baru, sila-sila lah tuliskan di mana-mana dan pastikan kita sentiasa tengok. Letak kat fridge ke, kat tepi cermin yang kita hadap hari-hari ke, tak kisah di mana janji sentiasa boleh nampak.

Jom sama-sama doa agar kita sentiasa bertambah baik dari hari ke hari daripada kita yang hari ini.

No comments:

Post a Comment